CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Toink-Toink

tarikh

sapa dop tengok tah?


Thursday, December 9, 2010

Kesedaran Diri Positif

Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran yang positif. Mereka tahu dan kenal pasti siapakah diri mereka sebenarnya.
Pada tahap dan taraf kehidupan manakah mereka berada ketika ini dan ke manakah haluan dan arah tujuan mereka.Mereka juga sentiasa sedar betapa sedikitnya dan betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan. Orang berjaya sentiasa berkeinginan untuk belajar menambah ilmu pengetahuan.
Mereka juga sentiasa mengimbangi dunia dan akhirat. Kesedaran diri positif ialah menyedari bahawa orang yag tidak rajin membaca itu sama seperti orangyang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemampuan untuk terus belajar
dan tidak ingin memperbaiki diri samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.
Orang yang bakal gagal pula adalah orang yang tidak sedar atau tidak mahu mengetahui keadaan di sekelilingnya.Mereka tidak sensitif terhadap kehendak atau perasaan orang lain, bahkan membuat perbuatan ikut suka hati mereka saja. Orang sebegini tidak layak untuk dihormati atau diberikan rasa hormat.

0 comments: