CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Toink-Toink

tarikh

sapa dop tengok tah?

Thursday, December 16, 2010

bersyukurkah anda??

Sungguh saya kagum dengan ketabahan kanak-kanak ini. Betapa cerianya wajah dia, walaupun kehilangan kedua-dua anggota kakinya, namun tidak langsung kelihatan raut mengeluh pada wajahnya.mari kita saksikan bertapa tabahnya hati seorang kanak-kanak yang mengharungi kehidupannya dengan serba kekurangan..walau bagaimana pun dia teruskan kehidupannya sehingga kehari ini :((


Dan bagi kita yang serba serbi lengkap ini pula sering mengeluh kerana ketikpuasan kita ketika ini, mungkin kita kecewa kerana apa yang kita harapkan tidak seperti kenyataan yang kita terima. Kadangkala ketidakpuasan kita seringkali menjadikan kita tidak bersemangat, lesu dalam bekerja, tidak produktif, malah yang paling teruk menjadikan kita berburuk sangka kepada Allah Swt dan mengingkari perintah-Nya.

Sungguh kita termasuk dalam golongan orang yang tidak bersyukur!










"Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”.

4 comments:

A.D.A.M. said...

Tinggi semangat budak ni. ;)

-jebull- said...

kan... sungguh tabah !

just another blogger said...

wah budak ni xterkesan pn dgn kaki die. mesti besar nti jd tabah ^.^

-jebull- said...

aah tu la pasal.. walau apa pun dia tetap enjoy~