CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Toink-Toink

tarikh

sapa dop tengok tah?


Wednesday, December 15, 2010

City mungkir janji - Tevez


LONDON - Carlos Tevez dilaporkan mahu meninggalkan Manchester City kerana kelab London itu telah memungkiri janji spesifik yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Minggu lalu, penyerang kelahiran Argentina itu melakukan kejutan apabila dia menyerahkan satu permohonan bertulis untuk meninggalkan Eastlands.
Begitupun laporan akhbar mendedahkan, keputusan itu dibuat bukan kerana wang tetapi ia berkaitan dengan perjanjian lisan yang telah dimungkiri City.
"Pada akhir musim lalu, Tevez berasa sangat kecewa selepas City tidak berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara," kata ejennya, Kia Joorabchian.
"Dia melihat banyak benda telah berlaku pada musim itu dan dia memberitahu apa yang dirasai. Dia fikir, sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan kelab itu tetapi City mahu dia terus kekal.
"Tevez percaya, satu janji atau jaminan peribadi telah diberikan kepadanya, tidak ada kaitan dengan wang tetapi ia telah dimungkiri.
"Pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak memberitahu Tevez pada Ogos lalu dan dia menjelaskan bahawa mereka tidak mahu kehilangannya.
Ada beberapa isu yang dibangkitkan Tevez dan dia diminta untuk bersabar sehingga pintu perpindahan dibuka bagi membolehkan City memberi tumpuan untuk membeli pemain baru.
"Selepas itu, pada September, permintaan Tevez akan dipertimbangkan.
"Kedua-dua mereka (City dan Tevez) telah mengikat perjanjian secara lisan dan bersetuju untuk memegang janji itu"Butiran terperinci mengenai perjanjian itu tidak boleh didedahkan kerana kami terikat dengan kerahsiaan. Tetapi City mengetahui isu itu tidak ada kaitan dengan wang.
"Tawaran mereka bakal menjadikan Tevez sebagai pemain yang berpendapatan paling tinggi dalam saingan Liga Perdana England."

2 comments:

qasehraihan said...

dtg nk bkawan dn folo blog dia, folower ke-48..jenguk dn folo kita ugek yeee..keep in touch

-jebull- said...

thx kaseh~ yup i will :xD