Dengan keadaan mata yang sepet, hidung yang berair, kepala berpusing-pusing dan tekak yang gatal nak batuk setiap masa tak halang aku nak update blog hari ni. Sakit tak usah cakap la. Kalau boleh nak tidur 24 jam. Bangun bila nak makan dan solat. Tapi apakan daya tanggungjawab lain lebih utama daripada demam yang melekat dalam diri aku sejak dua hari yang lepas.
Di ikutkan minggu ni sudah tiga kali aku demam dalam masa satu bulan. Yang pertama masa akhir ramadhan, yang kedua masa hari raya dan kali yang ketiga dua hari lepas sampai hari ni. Panadol pulak aku berjaya makan lebih kurang tiga papan sepanjang tiga kali aku demam. Tapi kenapa makan panadol? kenapa tak makan ubat demam? Ha, ni memang soalan yang bijak. Sebab utamanya ialah kos ubat demam jauh lebih mahal daripada panadol. Satu papan panadol boleh dapat dalam dua ringgit lebih tapi kalau ubat demam tiga kali ganda lebih mahal daripada panadol. So, nak jimat makanlah panadol.
Demam boleh berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya..
Cuaca
Faktor cuaca dan demam memang dah selalu kita dengar. Lebih teruk kalau cuaca panas terik diselang seli dengan hujan. Lagi cepat virus kuman merebak. Cuaca ni tak semestinya berjemur di tengah panas tapi ia juga boleh terjadi bila mana kita duduk dalam bilik aircond sejuk sampai menggigil tapi bila keluar saja daripada bilik terus kena matahari tengah terik. Boleh berasaplah badan jawabnya.
Stress
Biasanya berlaku bila kita terlalu stress berfikir sampai tak ingat dunia. Mulanya badan rasa lesu, selera makan berkurang, badan pula panas-panas. Kalau macam ni dah sah virus kuman menyerang.
Antibodi lemah
Yang ni aku tak nak komen lebih-lebih. Tapi aku hanya boleh katakan ini adalah faktor utama anda boleh dapat demam dengan mudahnya.
So, ini antara faktor-faktor demam cepat melekat pada badan. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.
nota kaki: habiskan panadol satu papan lagi baru jumpa doktor.. ahaha
0 comments:
Post a Comment