CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Toink-Toink

tarikh

sapa dop tengok tah?


Wednesday, December 15, 2010

Nenek 103 tahun pengguna paling tua Facebook

TENBY - Seorang nenek, Lillian Lowe yang berusia 103 tahun dipercayai menjadi pengguna Facebook tertua di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Lillian dari selatan Wales, Britain, Lowe membuka akaun di laman jaringan sosial berkenaan untuk berhubung dengan tujuh cucu dan 13 cicitnya.
Dia melayari Facebook dengan menggunakan komputer iPad milik seorang cucu lelakinya, Steve.
"Saya menyukainya, Facebook amat menarik. Ia cara yang menarik untuk berhubungan dan mendapat maklumat," kata nenek itu.
Menurut Steve, neneknya masih memiliki daya ingatan yang baik dan dia gemar mengambil tahu keadaan cucu dan cicitnya.
Dilahirkan pada tahun 1917, Lowe merampas gelaran pengguna Facebook tertua daripada Ivy Bean yang meninggal dunia semasa tidur pada usia 104 tahun, Julai lepas.
dasyat org tua ni ! agk semangat.. 

0 comments: