CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Toink-Toink

tarikh

sapa dop tengok tah?


Thursday, December 16, 2010

Gadis Dipaksa Lari Bogel Kerana Jatuh Cinta


Gara-gara mencintai seorang lelaki dari suku lain, seorang gadis remaja berusia 17 tahun dipaksa telanjang dan berlari di di sekeliling kawasan perkampungan di Birbhum, Bengali Barat, India sejauh 8 kilometer sebagai hukuman.

Para pemuda kampung kemudian melecehkannya secara seksual dengan menyentuh tubuh gadis itu ketika dia sedang berlari. Malah ada antara mereka yang mengambil gambar dan memvideokan kejadian itu, lalu disebarkan melalui MMS.

Walaupun insiden tersebut terjadi April lalu, namun baru kini pihak polis melakukan siasatannya. Pihak polis menjelaskan dewan kampung yang disebut Panchayat dan penduduk kampung yang lainnya tahu akan insiden itu namun tidak melaporkannya.

Polis kemudian menangkap enam orang termasuk Chundu Murmu, menantu kepada dewan Panchayat , untuk membantu proses siasatan. 





psttt :kerana cinta sanggup digadaikan maruahnya~

0 comments: